REAKSI Lorenzo ketika sidang akhbar di Litar Ricardo Tormo, Valencia. - FOTO AFP
Reuters

JUARA dunia tiga kali MotoGP, Jorge Lorenzo mengumumkan persaraan selepas tamat perlumbaan penutup musim di Valencia hujung minggu ini.

Pelumba berusia 32 tahun dari Mallorca itu yang bergelut dengan kecederaan berpanjangan memaksanya mengambil keputusan itu dengan hanya juara dunia enam kali, Marc Marquez berada dalam pasukan Repsol Honda.

"Saya suka sukan ini tetapi paling penting saya sukakan kemenangan,” katanya dalam sidang akhbar, hari ini.

"Saya mengecewakan diri sendiri dan Honda tetapi saya fikir ini keputusan terbaik untuk saya dan pasukan. Kami adalah pemenang dan kami selalu berjuang untuk mencapainya.”

Lorenzo berpindah dari Ducati pada penghujung 2018 tetapi bergelut dengan kecergasan dan penyesuaian jentera RC213V.

Dia kini di kedudukan ke-19 keseluruhan, hanya mengutip 25 mata daripada 18 perlumbaan dan tanpa 10 teratas berbanding Marquez 395 mata.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 November 2019 @ 12:15 AM