BALE jalani latihan. FOTO Reuters
Agensi

GARETH Bale dijangka cergas untuk aksi kelayakan Euro 2020 membabitkan Wales di Azerbaijan selepas menjalani latihan penuh ketika latihan biarpun tidak beraksi bersama Real Madrid sejak 5 Oktober.

Jurulatih Real Zinedine Zidane berkata minggu lalu Bale tidak cedera tetapi tidak boleh bermain untuk kelab gergasi Sepanyol itu dan masih belum diturunkan dalam aksi skuad senior sejak Wales seri 1-1 dengan Croatia 13 Oktober lalu.

Namun pertahanan Wales Ben Davies mengesahkan Bale menyempurnakan sesi latihan awal pagi tadi dan hampir pasti disenaraikan untuk aksi di Baku awal pagi Ahad.

Wales berpeluang meraih kelayakan automatik untuk kejohanan musim panas depan andai meraih dua kemenangan ke atas Azerbaijan dan Hungary, sementera Slovakia kehilangan mata.

“Melihatnya berlatih minggu ini, satu motivasi besar buat skuad,” kata Davies.

“Dia menjalani latihan penuh bersama kumpulan biarpun bukan terlalu keras tetapi dia nampak baik.

“Ada khabar angin mengenai tahap kecergasannya menjelang perlawanan ini tetapi dia kini bersama kami dan harapnya dapat beraksi selama 90 minit dan terus menunjukkan kualiti yang sentiasa ditunjukkannya bersama Wales.

“Kami memiliki seluruh skuad yang mahu bermain dengan Wales jika diberi peluang. Jika ada seseorang melakukannya seperti Gareth pastinya ia contoh bagi seluruh skuad.

“Mana-mana pasukan di dunia mahu menentang Wales tanpa Gareth Bale. Jika dia ada, ia pasti memberi semangat buat kami dan saya pasti Azerbaijan akan bimbang.”

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 November 2019 @ 1:00 PM