PESERTA diberi tunjuk ajar di Stadium Hoki, Bukit Jalil. - FOTO Azhar Ramli
Saiful Affendy Sapran
saifulaffendy@hmetro.com.my

BAGI memupuk minat lebih ramai kanak-kanak bermain hoki, Persatuan Pendidikan Sukan Hoki Kuala Lumpur mengambil inisiatif memperkenalkan program Hockademy.

Program terbuka kepada kanak-kanak berusia seawal enam hingga 12 tahun itu memfokuskan kepada sesi latihan yang lebih tersusun mengenai sukan hoki.

Penaung persatuan, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata, setakat ini kira-kira 120 kanak-kanak sudah pun mendaftar untuk program itu dengan sesi latihan pertama berlangsung hari ini.

"Sambutan diterima amat menggalakkan dan kami masih membuka pendaftaran kepada mereka yang berminat. Kanak-kanak terbabit dengan program ini akan diajar tenaga pengajar berpengalaman dan memahami teknik yang betul untuk bermain hoki.

"Yuran yang dikenakan amat berpatutan dengan setiap peserta akan melalui sesi latihan selama empat kali dalam tempoh sebulan," katanya ketika ditemui pada hari pertama sesi latihan program itu di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 November 2019 @ 9:45 PM