MADDISON (kiri) ketika beraksi dengan pasukan B-21 England. — FOTO Agensi
AFP

PEMAIN tengah Leicester City, James Maddison disenaraikan dalam skuad England kendalian Gareth Southgate awal pagi tadi bagi aksi kelayakan Euro 2020 menentang Montenegro dan Kosovo di sebalik kontroversi dia mengunjungi kasino ketika tugasan antarabangsa sebelum ini.

England melayan kunjungan Montenegro pada 14 November ini dan berdepan Kosovo di Pristina tiga hari kemudian.

Satu mata di Wembley menentang Montenegro bagi perlawanan antarabangsa ke-1,000 pasukan lelaki sudah mencukupi untuk memastikan mereka layak ke pusingan akhir Euro 2020.

Maddison menarik diri daripada skuad berdepan Republik Czech dan Bulgaria bulan lalu kerana kurang sihat namun pemain berusia 22 tahun itu dilihat berada di kasino ketika kekalahan 1-2 di Prague.

STONES (kiri) kali terakhir bermain pada Liga Negara Eropah. — FOTO Agensi

Bos Leicester, Brendan Rodgers mempertahankan pemainnya manakala Southgate menyatakan Maddison patut menyedari tumpuan terhadapnya kini lebih berbanding biasa.

“Tidak bagus buatnya (pergi ke kasino). Kini dia sedar sebagai pemain England ada profil berbeza,” kata Southgate.

“Setiap orang ada telefon kamera dan berpeluang membuat duit. Kami menyokongnya kerana kami memilihnya. Dia perlu tampil dalam skuad dan merebut tempatnya seperti setiap orang.”

Pertahanan John Stones sudah kembali, menggantikan Michael Keane yang diketepikan dan mungkin melakukan penampilan pertama bersama Engalnd sejak Liga Negara Eropah, Jun lalu.

OXLADE-CHAMBERLAIN (kiri) dipanggil semula Southgate. — FOTO Agensi

SKUAD ENGLAND

Penjaga gol: Tom Heaton (Aston Villa), Jordan Pickford (Everton), Nick Pope (Burnley)

Pertahanan: Trent Alexander-Arnold (Liverpool), Joe Gomez (Liverpool), Ben Chilwell (Leicester), Harry Maguire (Manchester United), Tyrone Mings (Aston Villa), Danny Rose (Tottenham), John Stones (Manchester City), Fikayo Tomori (Chelsea), Kieran Trippier (Atletico Madrid/ESP)

Tengah: Ross Barkley (Chelsea), Mason Mount (Chelsea), Fabian Delph (Everton), Jordan Henderson (Liverpool), Alex Oxlade-Chamberlain (Liverpool), James Maddison (Leicester), Declan Rice (West Ham), Harry Winks (Tottenham)

Penyerang: Tammy Abraham (Chelsea), Callum Hudson-Odoi (Chelsea), Harry Kane (Tottenham), Marcus Rashford (Manchester United), Jadon Sancho (Borussia Dortmund/GER), Raheem Sterling (Manchester City), Callum Wilson (Bournemouth)

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 November 2019 @ 10:14 AM