SONIIA menundukkan pilihan kedua dari Jepun, Akane Yamaguchi pada pusingan pertama Terbuka China di Fuzhou, hari ini. FOTO/NSTP
Oleh Saiful Affendy Sapran
saifulaffendy@hmetro.com.my


PERSEORANGAN wanita negara Soniia Cheah melakar kejutan apabila menundukkan pilihan kedua dari Jepun, Akane Yamaguchi pada pusingan pertama Terbuka China di Fuzhou, hari ini.

Malah Soniia dilihat mempamerkan aksi terbaiknya apabila hanya memerlukan masa 37 minit untuk menewaskan lawan yang menduduki ranking keempat dunia itu 21-19, 21-16 sekali gus mara ke pusingan kedua.

"Bukan mudah untuk menang ke atas pemain yang berada di ranking 10 terbaik dunia tetapi saya berjaya melakukannya.

"Sudah pasti kemenangan ini adalah permulaan yang baik dalam kejohanan ini dan ia meningkatkan keyakinan saya bagi menghadapi perlawanan seterusnya,” katanya.

Pada pusingan kedua, Soniia akan bertemu pemain Kanada, Michelle Li Dua beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jamie dan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying turut mara ke pusingan kedua.

Soon Huat-Shevon menewaskan pilihan kelapan dari England, Marcus Ellis-Lauren Smith 21-18, 21-19 manakala Peng Soon-Liu Ying mengatasi wakil Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue 21-19, 21-19.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 November 2019 @ 7:14 PM