Maradona diberikan kerusi khas di Stadium Marcelo Bielsa. FOTO REUTERS
Agensi

PEMAIN legenda Diego Maradona diberikan sambutan wira apabila kembali sebagai pengurus Gimnasia berdepan kelab lamanya, Newell's Old Boys dalam saingan Liga Utama Argentina.

Dia hanya bermain beberapa kali untuk kelab itu pada 1993 tetapi tetap menyambutnya seperti seorang raja malah mereka turut menghadiahkannya sebuah kerusi ibarat singgahsana.

Kelab pemenang Piala Dunia itu yang terperosok ke tangga tercorot liga menghasilkan kejutan menewaskan Newells 4-0 di Stadium Estadio Marcelo Bielsa.

Penyokong Newells memenuhi ruang di luar hotel di Rosario di mana Maradona dan skuadnya menginap sambil melaungkan namanya beberapa jam sebelum sepak mula perlawanan itu.

Dia juga turut menyertai dan menyanyi bersama-sama mereka sambil menari ketika berada di balkoni hotel.

Apabila tiba di stadium, bekas pemenang Piala Dunia itu juga dijemput untuk menandatangani kerusi khasnya itu yang membuatkan jurugambar berebut untuk merakam gambarnya sambil penyokong kedua-dua kelab juga teruja sambil meraikannya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Oktober 2019 @ 7:44 PM