Mauro Icardi meraikan jaringan PSG. FOTO AFP
AFP

MAURO Icardi dan Kylian Mbappe masing-masing menjaringkan dua gol ketika Paris Saint-Germain (PSG) membelasah seteru lama, Marseille 4-0 dalam saingan Ligue 1 Perancis, awal pagi ini.

Kemenangan itu membolehkan PSG selesa di kedudukan teratas liga.

Icardi menjaringkan dua gol dalam 26 minit babak pertama permainan di the Parc des Princes dan Mbappe yang kembali dalam kesebelasan utama selepas bergelut dengan kecederaan, menggandakan dua jaringan sebelum waktu rehat.

Meninggalkan pelawat dalam saingan ala ‘Classico’ kendalian Andre Villas-Boas tanpa sebarang gol.

Penyerang yang dipinjamkan dari Inter Milan, Icardi kini mengumpul tujuh gol dalam lima perlawanan bersama PSG dan bersaing hebat dengan pemegang rekod penjaring terbanyak PSG, Edinson Cavani dalam kesebelasan pasukan itu di bahagian serangan.

“Apabila tiba di PSG, saya sedar saya harus menjaringkan gol. Ia perkara yang selalu saya lakukan dan ia adalah perkara yang saya mahu lakukan di sini,” kata Icardi kepada Canal Plus.

“Saya sudah bermain dengan beberapa pemain yang sangat hebat tetapi pasukan ini sebenarnya adalah yang terbaik bagi saya.”

Penyerang PSG, Kylian Mbappe (kanan) menjaringkan dua gol ketika menentang Marseille. FOTO Reuters

Mbappe yang menjaringkan hatrik ketika PSG menewaskan Club Brugge, 5-0 dalam saingan Liga Juara-Juara Rabu lalu, meledak enam gol dalam tiga perlawanan - dia menjaringkan hatrik sebagai pemain gantian di Belgium sebelum bermula sebagai kesebelasan utama dalam masa dua bulan.

PSG mendahului selesa lapan mata di puncak Ligue 1, dengan kemenangan ini selepas pasukan di tangga kedua Nates tewas 0-1 di gelanggang sendiri berdepan Monaco pada Jumaat lalu.

Aksi lain pada awal pagi ini, menyaksikan Rennes menewaskan Toulouse 3-2 sementara Saint-Etienne sekadar seri 2-2 berdepan Amiens.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Oktober 2019 @ 11:04 AM