Vahaamahina (kiri) bersara selepas 24 jam dilayangkan kad merah kerana menyiku Wainwright. FOTO REUTERS
AFP

PEMAIN lock Perancis Sebastien Vahaamahina mengumumkan persaraan daripada pentas antarabangsa 24 jam selepas dibuang padang ketika skuadnya kecundang pada pertembungan suku akhir Ragbi Piala Dunia kepada Wales.

Les Bleus mendahului 19-10 ketika Vahaamahina diarah keluar padang pada m-49 di Oita kerana menyiku Aaron Wainwright sebelum pasukannya kalah kerana melepaskan gol penalti dan try lewat kepada lawan setengah jam sebelum perlawanan tamat.

“Ia sukar, sangat sukar apatah lagi saya sudah merancang perkara ini sejak beberapa bulan lalu dan ia adalah perlawanan terakhir saya bersama Perancis,” katanya dalam kenyataan pada hari lahirnya ke-28, hari ini.

“Saya tidak membuat sebarang pengumuman mengenai persaraan saya kerana itu bukan cara saya menyelesaikan masalah.

“Ada yang mengetahuinya mengenai keputusan dibuat itu sejak musim panas lalu: Jacques Brunel, Franck Azema malah sesetengah pemain juga,” katanya kepada akhbar Midi Olympique.

Vahaamahina yang membuat penampilan ke-46 ketika perlawanan itu menyiku pemain sayap, Wainwright ketika Perancis jelas begitu dominan dalam perlawanan itu.

“Saya hilang kawalan. Saya menyesal tindakan itu dan ia spontan dan saya akui saya bertanggungjawab. Saya patut dipersalahkan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Oktober 2019 @ 12:22 AM