Dermendzhiev jurulatih baru Bulgaria. FOTO REUTERS
AFP

BULGARIA melantik Georgi Dermendzhiev sebagai jurulatih kebangsaan baru negara itu menggantikan Krasimir Balakov yang meletak jawatan minggu lalu selepas kalah 0-6 kepada England yang dibayangi oleh insiden berbaur perkauman.

“Georgy Dermendzhiev adalah jurulatih kebangsaan baru Bulgaria. Semua sudah bersetuju, dia pengurus baru.

Kami melengkapkan keseluruhan dokumen esok,” kata naib presiden Kesatuan Bola Sepak Bulgaria Yordan Lechkov dipetik sebagai berkata kepada laman web sportal.bg sports, hari ini.

Dermendzhiev mengesahkan berita itu dan dijangka menandatangani kontrak hari ini atau esok.”

Pengendali berusia 64 tahun itu adalah salah seorang pengurus bola sepak Bulgaria paling berjaya.

Dia membawa Ludogorets menjulang tiga gelaran liga Bulgaria antara 2015 hingga 2017 dan membawa kelab itu ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara (UCL) 2015.

Selepas Ludogorets, dia mengendali kelab Kazakhstan, Ordabasy sebelum membimbing Levski Sofia.

Balakov yang mengambil alih pasukan kebangsaan negara itu pada Mei lalu, meletak jawatan Jumaat lalu selepas pada kelayakan Euro 2020 di Sofia.

Bulgaria perlu segera mendapat jurulatih menjelang perlawanan terakhir kelayakan Euro 2020 menentang Republik Czech pada 17 November.

Bulgaria berada dalam kedudukan terakhir Kumpulan A tetapi masih berpeluang layak ke Euro menerusi play-off.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Oktober 2019 @ 10:34 PM