Luka Modric (kiri) dan Gareth Bale terpaksa diketepikan pada aksi Liga Juara-Juara. FOTO Agensi
Reuters

REAL Madrid meninggalkan Luka Modric, Gareth Bale dan Lucas Vazquez daripada skuad mereka yang beraksi di gelanggang lawan berdepan wakil Turki, Galatasaray dalam saingan Liga Juara-Juara, awal pagi Rabu ini.

Perlawanan yang disifatkan perlu menang buat Pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane.

Tiga daripada mereka tidak beraksi ketika Real mencatat kekalahan pertama La Liga Sepanyol musim ini ke atas Real Mallorca, 0-1 pada Sabtu.

Modric dan Bale kedua-duanya mengalami kecederaan ketika tugasan antarabangsa sementara Vazquez tidak beraksi sejak awal bulan ini.

Toni Kroos, Eden Hazard dan Dani Carvajal, kesemuanya terlepas aksi kekalahan ke atas Mallorca, kembali bersama pasukan.

Kroos mengalami kecederaan sementara Hazard terlepas kunjungan ke Mallorca kerana kelahiran anak keempatnya. Carvajal pula direhatkan.

Real Madrid hanya mempunyai satu mata daripada dua perlawanan awal kumpulan A dalam Liga Juara-Juara.

“Kami tahu apa sasaran kami,” kata Zidane mengenai kunjungan pada Selasa ini.

“Kami perlu bermain untuk menang kerana tiada pilihan lain di sana. Kami perlu beri tumpuan kepada kemenangan pada Selasa.”

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Oktober 2019 @ 11:23 AM