Skuad hoki berlepas ke Amsterdam. FOTO MHF
Saiful Affendy Sapran
saifulaffendy@hmetro.com.my


SKUAD hoki lelaki negara memulakan misi hidup mati untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan destinasi pertama berlepas ke Amsterdam, Belanda, malam tadi.

Pasukan bimbingan Roelant Oltmans akan menghadapi dua perlawanan ujian bersama pasukan kelab, HOC Gazellen-Combinatie dan HC Bloemendaal pada 26 dan 27 Oktober ini.

Anak buah Oltmans kemudian akan terus ke London untuk dua aksi timbal balik dengan Britain di Pusat Hoki dan Tennis Lee Valley.

Hanya pemenang bagi kedua-dua perlawanan itu akan meraih satu tiket ke Tokyo. Sekiranya berjaya, Malaysian Tigers akan menamatkan kemarau gagal layak ke temasya sukan terbesar dunia itu sejak membuat penampilan terakhir pada edisi 2000 di Sydney.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Oktober 2019 @ 12:25 AM