OLE Gunnar Solskjaer dan Mason Greenwwod.
AFP

PEMAIN remaja berbakat Manchester United Mason Greenwwod menandatangani kontrak baharu dengan kelab Liga Perdana Inggeris itu awal pagi tadi.

Pemain Bawah-21 England itu kini terikat dengan United sehingga 2023, dengan pilihan untuk lanjutan kontrak selama setahun.

Greenwood,18, menjadi pemain termuda United dalam kesebelasan utama di era Liga Perdana itu ketika menentang Cardiff pada Mei.

Dia membuat sembilan penampilan untuk skuad Ole Gunnar Solskjaer musim ini, menjaringkan gol kemenangan ke atas Astana dan kemudiannya Rochdale dalam Piala Liga.

“Membesar sebagai peminat Manchester United, bermain dalam kesebelasan utama adalah impian yang menjadi kenyataan,” kata Woods menerusi laman web.

“Saya menyedarinya apabila saya bermain dengan kelab ini, saya mewakili seluruh akademi dan saya mahu membalas kepercayaan yang diletakkan jurulatih yang dibuktikan dengan aksi di tengah padang.

“Saya belajar sepanjang masa daripada pengurus dan kakitangan kejurulatihan dan tahu ini adalah kelab sempurna untuk mencapai potensi.”

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Oktober 2019 @ 11:44 AM