Aksi Clasico antara Barca dan Real. FOTO File AFP
AFP

BARCELONA dan Real Madrid dikatakan bersetuju memilih tarikh 18 Disember sebagai pertembungan Clasico selepas perlawanan bola sepak tumpuan Sepanyol itu ditunda berikutan bantahan di Catalonia.

Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF) mengumumkan Barca dan Madrid hanya mempunyai masa sehingga 10 pagi pada Isnin untuk memilih tarikh baru, yang hanya ditentukan oleh RFEF jika kedua-dua pasukan tidak dapat mencapai persetujuan.

Namun menurut RFEF, Real Madrid sudahpun mencadangkan pada 18 Disember bermakna perlawanan berkenaan akan berlangsung pada tarikh itu, bergantung kepada pengesahan rasmi.

Dalam satu kenyataan, Barcelona mencadangkan tarikh baru tetapi turut meluahkan minat terhadap jadual asal, pada 26 Oktober di Camp Nou, untuk diteruskan.

“Keinginan kelab itu adalah untuk beraksi saingan Clasico di Camp Nou pada 26, tarikh itu dan masa sebelum ini yang dipersetujui dan ahli jawatankuasa dimaklumkan perkara ini secara bertulis,” kata kenyataan itu.

“Kelab berkenaan tidak begitu yakin dengan keadaan keamanan ahlinya dan peminat yang sering memberi sokongan kuat di Camp Nau.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Oktober 2019 @ 10:50 PM