SESI latihan sebelum kunjungan Barcelona ke Eibar dalam aksi La Liga malam esok. FOTO EPA
AFP

KETEGANGAN politik mungkin akan menjejaskan aksi Clasico minggu depan tetapi Barcelona dan Real Madrid masing-masing enggan hilang fokus terhadap perlawanan yang dianggap penentu kedudukan mereka musim ini.

Menjelang kunjungan mereka ke Eibar dalam aksi La Liga malam esok, Barca mengadakan sidang media mereka sehari lebih awal bagi membolehkan mereka menempuhi perjalanan sejauh 589 kilometer dengan bas bagi mengelak kekecohan di lapangan terbang El Prat.

Perlawanan itu akan tetap diadakan, namun tidak dapat dipastikan mengenai aksi Clasico menentang Real Madrid yang bakal diadakan di Camp Nou 26 Oktober ini.

Perlawanan itu adalah yang pertama buat kelab itu di laman sendiri selepas sembilan pemimpin kemerdekaan Catalan dipenjarakan Isnin lalu, keputusan yang mencetuskan beberapa insiden tunjuk perasaan ganas di bandar itu.

La Liga memohon supaya perlawanan itu diadakan di Santiago Bernabeu atau boleh ditunda dengan 14 Disember sebagai tarikh pilihan, memandangkan ia jatuh pada minggu di mana kelab lain terbabit dengan Piala Raja Sepanyol.

Sebaliknya Barcelona dan Madrid tidak mahu perlawanan ditukar Sabtu depan pada akhir minggu di mana kedua-dua kelab, seperti juga Atletico Madrid terbabit dalam pusingan ketiga peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.

“Terdapat banyak perlawanan berturut-turut di tempat lawan dan bukan kerana sebab itu tetapi kerana menghormati jadual perlawanan,” kata jurulatih Barcelona Ernesto Valverde hari ini.

“Kami percayakan penyokong kami dan mahu bermain di stadium sendiri.”

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Oktober 2019 @ 11:24 AM