Ole Gunnar Solskjaer. FOTO REUTERS
AFP

NAIB Pengerusi Eksekutif Manchester United Ed Woodward hari ini menyokong pengurus Ole Gunnar Solskjaer untuk mencari penyelesaian terhadap permulaan terburuk kelab dalam tempoh 30 tahun dan berkata ‘bukan penggiat bola sepak membuat keputusan berkenaan bola sepak di kelab itu adalah satu mitos.’

Juara Inggeris 20 kali itu hanya dua mata di atas zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris dan berdepan musuh ketat mereka Liverpool di Old Trafford Ahad ini.

“Ole juga menerapkan disiplin dalam persekitaran yang sebelum ini kurang dirasai sejak beberapa tahun kebelakangan,” kata Woodward.

“Dia membentuk skuad yang menghormati sejarah kelab, di mana pemain bekerja keras dan menghormati rakan sepasukan. Tiada siapa yang lebih penting daripada kelab.

“Perubahan yang kita saksikan pada musim panas menghasilkan skuad yang lebih muda.

“Namun ia juga satu skuad, dengan pemain dan budaya yang memberikan kami asas untuk berkembang ketika kami memulakan perjalanan yang baharu.”

Ramai peminat mempertikaikan polisi pengambilan pemain kelab itu terutama selepas pemergian Romelu Lukaku dan Alexis Sanchez manakala masa depan Paul Pogba masih belum pasti.

“Ada mitos di mana kami mempunyai kelompok bukan penggiat bola sepak membuat keputusan berkaitan bola sepak dan saya fikir ia menghina orang bijak yang berusaha untuk bola sepak di kelab ini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Oktober 2019 @ 9:23 AM