Amirull (kanan) bersama Harrif. FOTO NSTP
Azlan Muhammad Zain
azlanmz@hmetro.com.my


PELUMBA Terengganu Inc TSG Cycling Team (TSG), Nur Amirull Fakhruddin Mazuki memenangi Peringkat 3 Tour of Peninsular (ToP) 2019, hari ini.

Dia menafikan cabaran sengit Amir Kolahdouz Hagh (Taiyuan Miogee Cycling Team) yang meraih tempat kedua manakala Mohd Harrif Saleh mengulangi pencapaian Peringkat 2 apabila meraih tempat ketiga.

Dia mencatatkan tiga jam 49 minit 59 saat pada perlumbaan membabitkan jarak sejauh 172.7 kilometer dari Kuantan ke Karak.

Kejayaan itu membolehkan dia merampas jersi kuning (individu keseluruhan), jersi biru (kategori pecut) dan jersi putih (pelumba terbaik Asia).

Manakala jersi bukit diraih pelumba Aiman Cahyadi dari Pgn Road Cycling Team yang mengumpul 10 mata.

Esok peringkat pendakian dari Sg Koyan ke Cameron Highlands dengan jarak 89.5km.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Oktober 2019 @ 2:39 PM