Asadov (tengah) bersama Railean (kiri) dan Daniel Haikal di atas podium. FOTO NSTP/ASWADI ALIAS
Azlan Muhammad Zain
azlanmz@hmetro.com.my


PELUMBA skuad kebangsaan Azerbaijan, Elchin Asadov melakar kejutan apabila menjuarai peringkat 1 Tour of Peninsular (ToP) berakhir di Kuala Terengganu, hari ini.

Atlet berusia 32 tahun itu bersendirian melintasi garisan penamat di Dataran Shahbandar dengan mencatat masa tiga jam 57 minit 26 saat dalam saingan perlumbaan sejauh 180.6 km bermula di Dungun.

Tempat kedua diraih pelumba Team Sapura Cycling (TSC), Cristian Railean manakala pelumba skuad kebangsaan, Muhammad Danieal Haikkal Edy Suhaidee ketiga.

Kejayaan itu membolehkan Asadov meraih jersi kuning selaku pendahulu individu keseluruhan dengan jersi putih selaku pelumba terbaik Asia milik Danieal Haikkal dengan masa 3.57:22s.

Jersi pecut menjadi milik pelumba Pro Touch, Rohan Du Plooy dari Afrika Selatan mengumpul 18 mata.

Asadov bersendirian tanpa dicabar di garis penamat. FOTO NSTP/ASWADI ALIAS

Manakala pelumba Indonesia, Aiman Cahyadi dari Pgn Road Cycling Team meraih jersi bukit selepas menjuarai zon pendakian di Kampung Perlis dengan empat mata.

Peringkat kedua ToP 2019 akan bersambung esok dari Kuala Terengganu ke Chukai sejauh 157.4km.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Oktober 2019 @ 4:08 PM