ROGER Federer
Reuters

ROGER Federer mengesahkan penyertaannya ke Sukan Olimpik di Tokyo tahun depan dan berkata hari ini, dia mengikut kata hati sebelum membuat keputusannya.

Pemain Switzerland berusia 38 tahun itu bertanding buat kali pertama di Sukan Olimpik Sydney pada 2000 dan menang acara beregu bersama Stan Wawrinka pada 2008 dan perak dalam acara individu pada 2012.

Dia terlepas aksi Olimpik 2016 susulan kecederaan lutut.

“Akhirnya hati saya memutuskan mahu bermain di Sukan Olimpik lagi,” kata Federer ketika acara bersama penajanya Uniqlo di Tokyo.

Federer akan cuba memenangi pingat emas acara perseorangan di temasya yang berlangsung dari 24 Julai hingga 9 Ogos, hadiah utama yang masih belum dimiliki juara Grand Slam 20 kali itu.

“Saya berdebat dengan pasukan sendiri untuk beberapa minggu, beberapa bulan sebenarnya, apa yang saya patut buat pada musim panas selepas Wimbledon dan sebelum Terbuka AS (pada 2020),” kata Federer yang akan berusia 39 tahun sebelum temasya itu.

“Saya membawa bendera Switzerland dua kali di Athens di Beijing, saya mendapat pingat emas dan perak dan saya mahu bermain sekali lagi jadi saya begitu teruja.”

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Oktober 2019 @ 12:13 PM