DANIIL Medvedev memburu gelaran pertama Grand Slam pertamanya tahun depan. FOTO AFP
AFP

NOVAK Djokovic menggelarkan Daniil Medvedev sebagai pemain ‘yang amat sempurna’ dan Alexander Zverev berkata dia mempunyai gaya yang unik yang menjadikannya pemain tenis lelaki terbaik dengan prestasi terbaik.

Kini Medvedev mengintai kedudukan Roger Federer di tangga ketiga ranking dunia sebelum akhir tahun ini dan memburu gelaran pertama Grand Slam pertamanya tahun depan.

Pemain Russia berusia 23 tahun itu berkata dia ‘tidak terkalahkan’ ketika dia menjuarai Masters Shanghai dengan kemenangan 6-4, 6-1 ke atas Zverev hari ini.

Selepas Medvedev menewaskan seorang lagi pemain muda Stefanos Tsitsipas pada separuh akhir, pemain Greece berusia 21 tahun itu menganggap cara kemenangan Medvedev sebagai ‘membosankan’.

“Jadi dia mempunyai servis yang hebat dan jika anda berjaya mendapatkannya, apa yang anda boleh lakukan yang memukul bola sekuat hati dari sisi ke sisi, membuat pukulan tepat dan membuatnya bergerak,” kata Tsitsipas.

“Jika tidak anda hanya membalas pukulannya dan terus bermain dan bermain.

“Ia tetap kembali, ia tetap kembali.”

Hubungan dingin? Mungkin. Zverev menganggap hubungan Medvedev dan Tsitsipas sebagai ‘aneh’.

Namun adakah ia berkesan? Jelas sekali, kerana Shanghai adalah kemenangan keenam Medvevev berturut-turut.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Oktober 2019 @ 12:04 PM