MCGINN meraikan gol keduanya menentang San Marino.
AFP

JOHN McGinn meledak hatrik ketika Scotland membelasah pasukan kerdil San Marino 6-0 dalam aksi kelayakan Euro 2020 awal pagi tadi.

Pemain tengah Aston Villa McGinn menjaringkan tiga gol pada separuh masa pertama dalam aksi yang berlangsung ketika hujan di Hampden Park.

Lawrence Shankland dan Stuart Findlay masing-masing menjaringkan gol antarabangsa pertama mereka pada separuh masa kedua.

Stuart Armstrong menjadikan gol kepada enam pada babak akhir perlawanan yang mungkin dibatalkan ketika bola sukar dikawal dalam keadaan sedemikian.

Mengikut peraturan FIFA, perlawanan domestik sudah pasti akan dibatalkan dalam situasi sedemikian tetapi tiada seorang pun daripada kedua-dua pasukan atau pegawai pertandingan dari Perancis mahu ia diadakan 24 jam kemudian.

Skuad kendalian Steve Clarke naik ke tangga keempat Kumpulan I selepas menamatkan siri empat kekalahan berturut-turut.

“Sukar untuk melakukan hantaran. Kami mahu melakukannya pada separuh masa kedua tetapi jelas sekali bola tersekat di dalam becak. Kami masih dapat menjaringkan beberapa gol hebat,” kata Clarke.

“Bukan selalu Scotland dapat menjaringkan enam gol. Ia ganjaran yang hebat pada akhir minggu yang sukar.”

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Oktober 2019 @ 10:01 AM