ROBERTO Martinez
Reuters

ROBERTO Martinez memuji fokus dan corak permainan pemain Belgium apabila mereka melebarkan rekod 100 peratus kemenangan dalam kelayakan Euro 2020 dengan kemenangan 2-0 ke atas Kazakhstan awal pagi tadi.

Belgium mengesahkan tiket ke pusingan akhir dengan kemenangan besar 9-0 ke atas San Marino Jumaat lalu tetapi terus memberi gambaran penguasaan mereka dalam dunia bola sepak dengan aksi kemas untuk mengumpul 24 mata dalam Kumpulan I.

“Semuanya adalah hasil fokus pemain,” kata Martinez selepas kemenangan di Astana Arena di ibu negara Kazakhstan untuk pasukan teratas di ranking FIFA itu.

“Kami skuad yag menakjubkan. Bakat adalah satu perkara, tetapi pemain ini juga adalah duta jika melihat kepada cara mereka berinteraksi dengan peminat.

“Pendekatan itu adalah penting dan Kazakhstan adalah satu lagi cabaran buat mereka. Mereka perlu menyesuaikan diri, sebagai contoh dengan padang rumput tiruan ini.

“Namun jika fokus anda bagus, jadi tiada masalah. Hebat dapat melihat permainan pemain ini.”

Martinez memberitahu wartawan, beliau kini berharap dapat menamatkan kempen kelayakan dengan penuh bergaya. Mereka menentang Russia di St Petersburg pad 16 November dan menentang Cyprus di laman sendiri, tiga hari kemudian.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Oktober 2019 @ 9:09 AM