Alisson berharap dapat beraksi di Old Trafford. FOTO PA
Agensi

PENJAGA gol Liverpool, Alisson kini bekerja keras untuk kembali pulih daripada kecederaan untuk berdepan Manchester United selepas rehat antarabangsa.

Pemain antarabangsa Brazil itu menjalani sesi latihan tambahan di Melwood, minggu ini dalam usahanya untuk mengenepikan kecederaan betis yang menyebabkannya diketepikan sejak awal kempen musim Liga Perdana Inggeris (EPL).

Alisson cedera pada babak pertama ketika menang ke atas Norwich pada Ogos lalu tetapi kini kembali ke padang latihan mengikuti latihan ringan.

Prestasi penjaga gol berusia 32 tahun itu membantu skuad Jurgen Klopp mencatat rekod sempurna pada lapan perlawanan pertama mereka musim ini yang membolehkan kelab itu memberikan rasa lega kepada Alisson sepanjang proses penyembuhan.

Dia kini meningkatkan latihan untuk mendapatkan kecergasan untuk kunjungan ke Old Trafford pada 20 Otkober.

Pemain tengah Adam Lallana dan Alex Oxlade-Chamberlain juga berada di Melwood untuk sesi tambahan minggu ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Oktober 2019 @ 7:14 PM