AZRAAI antara jurulatih paling berjaya di liga tempatan. — FOTO Adzlan Sidek
Izzali Ismail
sukanteam@nstp.com.my


SELEPAS 29 tahun menabur bakti dalam bidang kejurulatihan, jurulatih berpengalaman Azraai Khor Abdullah kini mahu beralih arah dan memegang jawatan pengarah teknikal.

Luahan itu jelas menampakkan beliau mungkin terpaksa mengucapkan selamat tinggal untuk bidang kejurulatihan yang diceburi sejak 1991 bermula di Negeri Jelapang Padi.

“Ya, sudah sampai masanya saya menukar sedikit arah kerjaya untuk menceburi bidang pengarah teknikal selepas melihat potensi serta peluang yang ada dalam bidang ini.

“Berdasarkan pengalaman serta ilmu yang saya lalui bersama beberapa pasukan, saya rasakan sudah tiba masa yang sesuai untuk saya menukar angin ke bidang baharu musim depan.

“Anda sedia maklum Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sudah menggariskan setiap pasukan dalam Liga Malaysia perlu melantik pengarah teknikal dalam masa terdekat dan sejajar dengan itu saya rasa sudah sampai masanya saya mencari peluang,” katanya.

Jurulatih yang pernah dinobat sebagai jurulatih terbaik pada musim 2007 dan 2008 sewaktu menjulang Kedah sebagai juara tiga piala bagaimanapun mengakui bidang pengarah teknikal bukan satu bidang yang mudah dijawat oleh mana mana individu sewenang-wenangnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Oktober 2019 @ 1:09 PM
Skip this ad x