COLEEN Rooney dan Rebekah Vardy.
AFP

COLEEN Rooney berkata seseorang menggunakan akaun Instagram Rebekah Vardy, membocorkan kisah mengenai dirinya ketika pertelagahan di antara dua isteri pemain bola sepak menerusi Twitter menggemparkan Britain hari ini.

Coleen yang berkahwin dengan bekas pemain England Wayne Rooney memberitahu pengikutnya sejumlah 1.3 juta di Twitter bahawa dia memberitahu dia menghabiskan lima bulan untuk mencari siapa yang berkongsi cerita berdasarkan pos peribadinya di media sosial.

Dia akhirnya mendapat tahu bahawa cerita itu datang daripada akaun bintang televisyen realiti, Rebekah, isteri kepada penyerang Leicester dan bekas pemain England, James Vardy, selepas melakukan perancangan teliti.

Katanya menerusi Twitter: “Selama beberapa tahun, saya dapati seseorang yang saya percayakan untuk mengikuti saya di akaun Instagram personal secara konsisten memberitahu akhbar The SUN mengenai pos dan kisah peribadi saya.

“Terdapat begitu banyak maklumat mengenai saya, rakan dan keluarga diberikan kepada mereka, kesemuanya tanpa kebenaran dan pengetahuan saya.”

Coleen, 33, berkata dia mengesyaki siapa yang berbuat demikian dan menghalang sesiapapun selain daripada akaun Instagram yang dimiliki Vardy daripada melihat kisahnya di Instagram.

Dia berkata dia memuat naik beberapa kisah palsu, sesetengahnya diterbitkan di akhbar Sun.

“Saya menyimpan dan melakukan ‘screenshot’ semua kisah asal dan jelasnya menunjukkan seseorang melihatnya. Ia adalah akaun Rebekah Vardy.”

Rebekah,37, yang kini hamil anak kelima, berkata dia kecewa dengan tuduhan Coleen, berkata: “Saya rasa jijik biarpun saya terpaksa menafikannya. Anda patut menghubungi saya apabila kali pertama ia berlaku.”

Kisah kedua-dua mereka kini trending di Twitter.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Oktober 2019 @ 11:44 PM