MOHD Syarul raih gelaran Mr Asia kelima berturut-turut.
Azlan Muhammad Zain
azlanmz@hmetro.com.my


JAGUH bina badan negara, Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah membuktikan dirinya berada di kelas tersendiri apabila meraih gelaran Mr Asia kelima berturut-turut.

Dia memastikan emas dalam acara athletic physique sehingga 167cm dengan menyingkirkan empat peserta lain di pentas final Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizik Asia 2019 yang berlangsung di Batam, Indonesia.

Thailand yang mempertaruhkan dua atlet di final terpaksa akur apabila meraih perak dan gangsa manakala atlet Bhutan keempat dan Iraq di kedudukan kelima pada saingan yang diadili lapan juri.

“Saya gembira dengan pencapaian ini selepas berusaha dengan keras. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan bantuan kepada saya.

“Ia bukan sesuatu yang mudah kerana ia adalah kali kelima berturut-turut di pentas Asia,” kata atlet kelahiran Kuala Lumpur berusia 46 tahun itu.

Syarul Azman atau dikenali sebagai Mike mula meraih gelaran Mr Asia pada 2015, 2016, 2017 dan 2018.

Pencapaian cemerlangnya Mike turut diikuti rakan sepasukan, Ahmad Faiz Ariffin yang turut meraih emas dalam athletic physique sehingga 175 cm selepas menyingkirkan empat peserta lain di final.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Oktober 2019 @ 9:00 PM