SCOTLAND benam cabaran Samoa. FOTO AFP
AFP

SCOTLAND menghidupkan kembali kempen mereka dalam Piala Dunia Ragbi dengan kemenangan 34-0 ke atas Samoa di Kobe hari ini, yang menyaksikan pasukan Kepulauan Pasifik beraksi kurang seorang pemain.

Kemenangan menerusi mata bonus untuk anak buat Gregor Townsend mungkin penting dalam saingan sengit Kumpulan A yang turut membabitkan Ireland dan tuan rumah, Jepun.

Kemenangan bagaikan sudah pasti milik Scotland selepas meraih 17 mata dalam tempoh lapan minit terakhir separuh masa pertama yang menyaksikan Scotland mendahului 20-0 sebelum rehat.

Pemain sayap Scotland Sean Maitland dan Greig Laidlaw menjaringkan try, kedua-dua conversion dilakukan fly-half yang melakukan sepakan penalti awal, sebelum fullback Stuart Hogg memberikan Scotland drop goal perlawanan Test buat kali pertama dalam tempoh lebih daripada lima tahun dengan percubaan dari kawasan tengah padang.

Scotland memastikan mata bonus hasil empat try dengan dua try penalti, Ed Fidow dilayangkan dua kad kuning yang bermakna pemain sayap Samoa itu dilayangkan kad merah enam minit sebelum tamat perlawanan.

“Kami gembira mendapatkan mata bonus. Ini bermakna kami masih berada dalam Piala Dunia,” kata jurulatih Scotland, Townsend.

“Kami masih mempunyai baki dua permainan dan jika kami bermain seperti malam ini dan memperbaiki beberapa aspek, kami fokus dalam saingan Piala Dunia.”

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 September 2019 @ 10:35 PM