BUDA (kanan) bersama jurulatih negara, Othman Yahya (tengah) dan Malvern.
Azlan Muhammad Zain
azlanmz@hmetro.com.my


ATLET bina badan negara, Buda Anchah terpaksa akur dengan apabila tewas dalam dua acara disertainya pada Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizik Asia 2019 yang berlangsung di Batam, Indonesia, hari ini.

Walaupun cemerlang mara ke final, atlet berpengalaman dari Sarawak berusia 47 tahun itu meraih gangsa dalam kategori 70 kilogram pada edisi ke-53 kejohanan.

Harapannya untuk menebus kekecewaan dan mempertahankan gelaran Mr Asia bagi kategori masters 40-49 tahun (bawah 80kg) turut tidak kesampaian apabila terpaksa akur dengan perak.

Lawannya dari Thailand, Khuntal Phuangphet menjadi pilihan juri untuk meraih emas manakala peserta tuan rumah, Jefri Yohanis Wuaten menduduki tempat ketiga.

Seorang lagi atlet negara, Malvern Abdullah turut terlepas emas apabila meraih perak dalam kategori 60kg.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 September 2019 @ 9:22 PM