Jorginho (kiri) meraikan jaringan bersama Mason Mount ketika menentang Brighton. FOTO Reuters
AFP

FRANK Lampard mengakui dia berasa lega selepas akhirnya memperolehi kemenangan pertama di gelanggang sendiri bagi saingan Liga Perdana sebagai pengurus Chelsea.

Ia susulan jaringan Jorginho dan Willian memastikan kemenangan Chelsea ke atas Brighton awal pagi ini.

Lampard membawa pasukan itu mencatat dua keputusan seri dan kekalahan dalam liga di Stamford Bridge sejak legenda the Blues dilantik sebaagai pengurus daripada Derby pada penghujung musim lalu.

Kemenangan Piala Liga ke atas pasukan bawahan Grimsby pada pertengahan minggu lalu adalah satu-satunya kemenangan Lampard di gelanggang sendiri sehingga penalti separuh masa menyentap semangat juang Brighton.


PULISIC menjaringkan gol kedua Chelsea. - FOTO EPA

Willian menambah jaringan kedua untuk memastikan Chelsea untuk mengelak daripada gagal mencatat kemenangan dalam empat perlawanan pembukaan liga buat pertama kali sejak 1986-87.

“Aksi di gelanggang sendiri agak mengecewakan dengan pelbagai sebab, jadi hari ini adalah yang terbaik. Kamu harus menyedarinya. Kamu mahu menang,” kata Lampard.

“Kamu hampir berasa kekecewaan pada separuh masa pertama kerana kami tidak menjaringkan gol. Diharapkan kejayaan ini memberikan semua keyakinan.

“Disebabkan tidak menang di sini semua orang berasa agak teruk, tetapi ada perasaan yang berbeza pada hari ini. Saya rasa impian itu semakin tercapai dan penalti adalah detik berkenaan.”

Kemenangan ketiga Chelsea dalam saingan liga musim ini adalah ganjaran kepada persembahan bertenaga yang diharapkan Lampard selain menaruh keyakinan skuadnya mampu memberi cabaran dalam kelompok empat terbaik.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 September 2019 @ 1:51 PM