Agensi

SEPAKAN lambung cantik dilakukan oleh pemain remaja, Daniel Zsori meraih Anugerah Puskas FIFA, hari ini.

Jaringan kemenangan saat akhir perlawanan itu dilakukannya ketika membuat penampilan sulung menewaskan Ferencvaros 2-1 dalam saingan Liga Hungary.

Pemain berusia 18 tahun itu muncul pemain pertama Hungary meraih gelaran khas itu mengambil sempena pemain terbaik pernah dilahirkan negara itu, Ferenc Puskas.

Sepakan ‘bicycle-kick’ ketika beraksi bersama kelab Debrecen mengatasi jaringan pemain handalan Barcelona, Lionel Messi dan pemain River Plate, Juan Fernando Quintero.

Zsori disenarai pendek 10 jaringan tercantik FIFA pada Ogos lalu termasuk gol ledakan Zlatan Ibrahimovic menentang Toronto dan sepakan voli Andros Townsend di Etihad.

Bagaimanapun, undian dilakukan oleh peminat kemudian meletakkan gol pemain muda terbabit dalam Top 3 sebelum kemenangannya diumumkan di Teatro alla Scala di Milan, Itali.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 September 2019 @ 7:50 PM
Zsori bersama Anugerah Puskas dimenangi. FOTO REUTERS