Neymar (kiri) kembali mendapat kepercayaan Tuchel. FOTO REUTERS
Reuters

JURULATIH Paris St Germain (PSG) Thomas Tuchel berkata Neymar 100 peratus komited kepada juara Perancis itu selepas menjaringkan gol kemenangan 1-0 ke atas Olympique Lyonnais dalam Ligue 1.

Biarpun dikelilingi empat pemain pertahanan pada m-87 semalam, Neymar menerima hantaran daripada Angel Di Maria di dalam kotak penalti sebelum mencipta cukup ruang merembat bola melepasi penjaga gol Lyon Anthony Lopez di penjuru pintu gol.

Gol itu hadir seminggu selepas jaringan penting Neymar untuk PSG menentang Strasbourg membuatkan Tuchel memuji prestasi jaringan terbaru penyerang terbabit biarpun kurang cergas menghadapi perlawanan.

"Dia 100 peratus bersama kami. Dia 100 peratus dalam skuad. Dia ketawa, membuat jenaka dan boleh diharap," kata Tuchel dalam sidang media di Paris.

"Dia benar-benar berada di padang bersama rakan sepasukan. Itu perkara biasa untuk semua yang penting. Dia seorang pemain yang sensitif."

"Ini adalah perlawanan ketiganya dalam tempoh empat bulan.

Dia akan mendapat kapasiti fizikal untuk perlawanan itu dan ia akan membantunya. Ney sentiasa tepat, sentiasa kreatif dan memandang ke hadapan."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 September 2019 @ 3:41 PM