Pemain Pahang, Muhammad Zuhair Aizat (dua dari kanan) diasak pemain Melaka United, Wan Amirul Afiq Wan Ab Rahman. FOTO MUHAMMMAD ZUHAIRI ZUBER
Nazri Abu Bakar
sukan@hmetro.com.my


MENGUBAH tempo pada babak kedua memberi impak kemenangan kepada Pahang selepas terikat tanpa jaringan pada 45 minit pertama menewaskan Melaka 3-0 Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, malam tadi.

Jurulatih Pahang, Dollah Salleh berkata terikut dengan tempo permainan Melaka membuatkan anak buahnya buntu walaupun menguasai hampir 65 peratus permainan.

Katanya, perubahan drastik episod kedua selain mengambil kesempatan di atas ‘masalah dalaman’ skuad tuan rumah membolehkan pasukan itu merungkai jaringan.

“Apapun, masih ada satu lagi pertemuan getir Ahad ini di laman sendiri berdepan lawan sama.

Dalam bola sepak macam-macam perkara boleh berlaku walaupun sudah selesa dengan agregat 3-0.

Namun, sebarang kemungkinan boleh terjadi.

“Pemain tidak boleh alpa, leka dan cepat berasa selesa dengan kelebihan dimiliki biarpun berada pada prestasi amat baik,” katanya.

Jurulatih Melaka, Zainal Abidin Hassan, berkata anak buahnya menunjukkan prestasi memberangsangkan separuh masa pertama.

Menurutnya, tempoh lima minit dengan tiga gol digunakan sepenuhnya barisan pelawat ketika barisan Hang Tuah cuba bertahan.

Tiga gol pelawat dihasilkan menerusi jaringan Lazarus Kaimbi (m-56), Wan Zaharulnizam Wan Zakaria (m-58) dan Dickson Nwakaeme (m-61) untuk membawa bekalan selesa sebelum pertembungan pusingan kedua di Kuantan pada 29 September ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 September 2019 @ 2:55 PM