DAMIAN Penaud diasak pemain Argentina ketika aksi Piala Dunia Ragbi di Tokyo, Jepun. FOTO AFP
AFP

PERANCIS mempamerkan aksi ragbi memukau sebelum hampir hilang rentak dan terpaksa bergantung kepada penalti saat akhir untuk menewaskan Argentina 23-21 dalam aksi sulung mereka di Piala Dunia Ragbi hari ini.

Fly-half Romain Ntamack memacu Perancis dengan 10 mata ketika finalis tiga kali itu terus bertahan untuk memenangi pertarungan Kumpulan C yang mendebarkan di Tokyo dan membuatkan Pumas merenung ke jurang dalam ‘kumpulan maut’ kejohanan itu.

Argentina yang perlu menewaskan England jika tidak mahu tersingkir awal, hampir melakukan kebangkitan selepas menerima sorakan semangat daripada legenda bola sepak Diego Maradona.

Ketingglaan 17 mata pada separuh masa pertama, mereka hanya tewas tipis selepas penalti saat akhir Emiliano Boffelli tersasar jauh, membolehkan Perancis meraih kemenangan penting.

“Saya fikirkan perlawanan ini sudah berakhir, saya sangka kami sudah kalah,” akui kapten Perancis Guilhem Guirado, merujuk kepada penalti saat akhir yang diberikan pengadil Australia Angus Gardner kepada Argentina.

“Namun saya sangat,sangat bangga dengan pemain saya. Perlawanan yang sukar malam ini tetapi kami gembira dapat memulakan kejohanan ini dengan kemenangan.”

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 September 2019 @ 7:06 PM