SILATOLU Latu dirempuh ketika perlawanan Piala Dunia Ragbi Jepun 2019 di antara Australia dan Fiji di Sapporo Dome di Sapporo.
AFP

AUSTRALIA berjaya melepasi tekanan Fiji untuk menang 39-21 ketika juara bertahan New Zealand bersiap sedia berdepan Afrika Selatan pada hari yang menampilkan aksi pasukan terkuat pada Piala Dunia Ragbi hari ini.

Fiji yang memberikan tekanan awal, mendahului 21-12 pada awal separuh masa kedua sebelum scrum-half gantian Will Genia menginspirasikan kebangkitan, membawa Australia meraih kemenangan mata bonus.

Tolu Latu melakukan larian sebanyak dua kali, manakala Samu Serevi dan Marika Koroibete turut merentasi garisan pada separuh masa kedua susulan skor daripada Michael Hooper dan Reece Hodge pada aksi separuh masa pertama yang kelam-kabut.

“Mereka pasukan yang berbahaya, kami sedar mengenainya,” kata jurulatih Wallabies Michael Cheika.

“Itulah yang kami jangkakan tetapi tidak sangka kami jauh ketinggalan.

“Kami membuat beberapa kesilapan yang membolehkan mereka mendahului tetapi kami bangkit, bermula dari awal dan berjaya mengakhirinya.”

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 September 2019 @ 6:11 PM