JESUS menjaringkan gol ketiga City menentang Shakhtar Donetsk pada aksi Liga Juara-Juara. — FOTO Reuters
AFP

GABRIEL Jesus kembali ke pangkuan skuad Brazil bagi aksi persahabatan menentang Nigeria dan Senegal bulan depan selepas penggantungan dua bulan daripada bola sepak antarabangsa berakhir susulan kad merah kontroversi pada final Copa America Julai lalu.

Penyerang Manchester City itu digantung oleh badan induk bola sepak Amerika Selatan CONMEBOL bulan lalu kerana tindak balasnya selepas dibuang padang 20 minit sebelum tamat, yang dimenangi Brazil 3-1 ke atas Peru.

Dia meninggalkan padang dengan linangan air mata, melakukan isyarat tangan, marah dan menendang botol air yang hampir terkena VAR.

Neymar turut dipilih dalam skuad Brazil awal pagi tadi hanya beberapa hari selepas dia kembali beraksi dengan Paris Saint-Germain susulan kemelut perpindahannya sepanjang musim panas.


NEYMAR hanya menjadi penonton aksi PSG-Real Madrid pada Liga Juara-Juara. — FOTO AFP

Pemain termahal dunia itu menjaringkan gol kemenangan menakjubkan ketika mengalahkan Strasbourg 1-0 pada aksi Ligue 1 Ahad lalu di Parc des Princes, namun dihujani dengan ejekan dan cemuhan penyokong selepas gagal kembali ke bekas kelab Barcelona.

Neymar, yang bergelut dengan kecederaan musim lalu, sudah bermain buat negaranya awal bulan ini pada aksi persahabatan menentang Peru dan Colombia.

Pemain Atletico Madrid, Renan Lodi, 21, meraih panggilan sulung antarabangsa selepas memukau dalam beberapa aksi pertama dengan kelab La Liga Sepanyol itu.

Skuad Brazil:

Penjaga gol: Ederson (Manchester City/ENG), Weverton (Palmeiras), Santos (Athletico-PR)

Pertahanan: Dani Alves (Sao Paulo), Danilo (Juventus/ITA), Alex Sandro (Juventus), Renan Lodi (Atletico Madrid/ESP), Thiago Silva (Paris SG/FRA), Marquinhos (Paris SG/FRA), Eder Militao (Real Madrid/ESP), Rodrigo Caio (Flamengo)

Tengah: Casemiro (Real Madrid/ESP), Arthur (Barcelona/ESP), Fabinho (Liverpool), Matheus Henrique (Gremio), Philippe Coutinho (Bayern Munich/GER), Lucas Paqueta (AC Milan/ITA)

Serangan: Everton (Gremio), Roberto Firmino (Liverpool/ENG), Gabriel Barbosa (Flamengo), Richarlison (Everton/ENG), Neymar (Paris SG/FRA), Gabriel Jesus (Manchester City/ENG)

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 September 2019 @ 2:27 PM