HARIT (kiri) bersaing dengan pemain Mainz, Jerry St Juste di Gelsenkirchen, awal pagi tadi. — FOTO EPA
Reuters

AMINE Harit meledak gol kemenangan pada minit ke-89 selepas mencipta gol awal ketika dia mengemudi kemenangan 2-1 Schalke 04 ke atas Mainz 05 awal pagi tadi sekali gus melonjakkan mereka ke tangga kedua Bundesliga.

Pemain kebangsaan Maghribi berusia 22 tahun itu pada mulanya mengumpan kepada Suat Serdar, produk akademi remaja Mainz, bagi gol pendahuluan pada minit ke-36.

Pemain gantian Mainz, Karim Onisiwo menyamakan kedudukan menerusi gol menarik – sentuhan pertama yang mengagumkan, berpusing dan merembat dari dalam kotak penalti – sekali gus mengatasi penjaga gol Alexander Nuebel pada minit ke-75.

Namun Harit membalas semula seminit sebelum tamat dengan rembatan mengagumkan untuk menghadiahkan Schalke kemenangan ketiga berturut-turut dalam liga.

Schalke melonjak ke tangga kedua dengan 10 mata, hanya terpisah menerusi perbezaan gol di belakang pendahulu RB Leipzig.

Leipzig berkunjung ke Werder Bremen malam ini. Penyandang juara Bayern Munich, di tangga kelima dengan lapan mata, melayan Cologne di laman sendiri.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 September 2019 @ 9:11 AM