PENGURUS Liverpool, Juergen Klopp. FOTO Reuters
AFP

JUERGEN Klopp berkata Liverpool tidak mengubah pendekatan mereka dalam aspek pertahanan pasukan meskipun hanya mencatat satu perlawanan tanpa bolos daripada lapan perlawanan setakat ini.

Juara Eropah itu kini lima mata mendahului Liga Perdana Inggeris selepas lima kemenangan berturut-turut tetapi pertahanan mereka rapuh dalam empat daripada perlawanan itu.

Dua gol yang bolos lewat perlawanan di Naples baru-baru ini bermakna kempen Liga Juara-Juara mereka bermula cukup mengecewakan.

Anak buah Klopp memulakan kempen musim lalu dengan tiga perlawanan tanpa bolos dan hanya bolos 22 gol dalam aksi Liga Perdana sepanjang musim, gagal meraih gelaran utama sejak 1990 dengan hanya ketinggalan satu mata.

Namun Klopp berkata pada sidang akhbar menjelang perlawanan Chelsea hari ini bahawa perubahan itu berlaku atas sebab tertentu dan bukannya sistem.

“Tidak, tiada sebarang perubahan,” katanya di pusat latihan Liverpool.

“Kami tidak memberikan lebih fokus pada bahagian serangan dan melupakan bahagian pertahanan.

“Jaringan berlaku dengan cara yang aneh. Sepatutnya kami tidak bolos buat kali kedua ketika menentang Southampton jika gawang tidak bolos, mungkin juga gawang tidak dibolosi dalam perlawanan lain.

“Sudah tentulah ia bukan yang kami mahukan tetapi kami tidak mencatat keputusan bersih. Kami mahu menang perlawanan dan masih di awal musim.”

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 September 2019 @ 8:19 PM