PENG Soon (kiri) dan Liu Ying tampil sebagai pilihan kelima di Beijing. — FOTO Syarafiq Abd Samad
Ferzalfie Fauzi
ferzalfie@mediaprima.com.my


CHAN Peng Soon-Goh Liu Ying tidak berdepan masalah untuk mara ke pusingan kedua Terbuka China selepas mengalahkan beregu Korea Selatan, Ko Sung Hyun-Eom Hye Won malam ini.

Pilihan kelima kejohanan itu mengambil masa 35 minit untuk mencatat kemenangan dua set 21-16, 21-10 di Pusat Sukan Olimpik Beijing.

Menanti mereka pada pusingan kedua Ahmad Tontowi-Winny Oktavina Kandow dari Indonesia yang mengalahkan Rodion Alimov-Alina Davletova dari Russia 21-13, 16-21, 26-24.

Turut mara ke pusingan kedua Goh Soon Huat-Shevon Lai yang mengalahkan Nipitphon Phuangphuapet-Savitree Amitrapai dari Thailand 21-16, 19-21, 21-18.

Soon Huat-Shevon akan berdepan pilihan kelapan dari England, Marcus Ellis-Lauren Smith.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 September 2019 @ 9:15 PM