Agensi

CRISTIANO Ronaldo sebak hingga mengalirkan air mata selepas melihat rakaman video mendiang bapanya yang menyatakan rasa bangganya terhadap pencapaiannya dalam arena bola sepak.

Bintang Juventus itu yang ditunjukkan klip rakaman mengenai bapanya, Jose Dinis Aveiro yang bercakap mengenai anaknya itu di hadapan pintu menjelang Kejohanan Euro 2004 di Portugal.

Bapanya mengalami masalah ketagihan alkohol dan bekas tentera, meninggal dunia akibat kegagalan hati berfungsi setahun selepas itu pada umur 52.

Dia mengakui banyak terlepas detik penting kejayaan diraih Ronaldo dan kelahiran empat anaknya.

Dengan linangan air mata dalam satu temu ramah selama sejam bersama Piers Morgan: “Saya tidak pernah melihat video itu. Saya tidak pernah melihat video terbabit. Sukar untuk mempercayainya.”

Kapten antarabangsa Portugal itu turut mendedahkan tuduhan merogol terhadapnya turut menyebabkannya berasa begitu malu kepada teman wanita dan anak-anaknya.

Bercakap mengenainya, dia berkata: “Ia membuatkan anda berasa teruk.”

“Satu hari saya sedang berehat di ruang tamu rumah bersama teman wanita dan kemudian muncul berita mengenai Cristiano Ronaldo, itu dan ini,” katanya.

“Ketika mendengar mengenainya, anak-anak saya turun ke bawah dan saya terpaksa menukar siaran kerana berasa begitu malu, saya berasa amat malu.”

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 September 2019 @ 7:25 PM
Ronaldo sebak pada sesi temu ramah selepas melihat rakaman video mendiang bapanya. FOTO PA