Passirani (kiri) diharamkan kerana buat kenyataan perkauman terhadap Lukaku. FOTO REUTERS/Youtube
Agensi

SEORANG pengulas sukan televisyen Itali dikecam dan diharamkan daripada saluran TopCalcio24 selepas membuat kenyataan berbaur perkauman terhadap bintang Inter Milan dan bekas pemain Manchester United, Romelu Lukaku.

Luciano Passirani, yang juga pengulas jemputan program itu membuat kenyataan terhadap penyerang itu dengan berkata: “Jika dia berdepan satu dengan satu dengan anda, anda mati dan rebah di padang. Ia tidak menjadi masalah sekiranya anda mempunyai 10 pisang untuk memberinya makan, jika tidak...”.

Pengarah stesen itu, Fabio Ravezzani, yang ke udara serta-merta ketika membuat kenyataan itu meminta maaf sebelum menjelaskan keadaan.

Passirani kemudian diharamkan dan tidak dibenarkan lagi untuk berada dalam program itu selepas ini.

Lukaku yang kerap menjadi mangsa insiden perkauman sejak dia mengambil keputusan Manchester United for Milan in the summer.

Dia menjaringkan gol kemenangan menerusi sepakan penalti ketika menang 2-1 di Cagliari pada 1 September.

Ketika dia mahu membuat sepakan itu, segelintir penyokong Cagliari membuat bising bunyi monyet ditujukan kepadanya daripada belakang pintu gol.

Passirani menambah kecelaruan itu dengan komen terbarunya itu.

Ketika tampil dalam program itu, dia berkata: “Saya tidak melihat pemain seperti Lukaku dalam mana-mana pasukan liga Itali seperti AC Milan, Inter, Rome atau Lazio.

“Dia antara paling kuat dan saya suka kepadanya dia antara paling tegap dan dua kali lebih kuat berbanding Duvan Zapata daripada Atalanta”.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 September 2019 @ 6:19 PM