ALISSON menjalani latihan ringan sepanjang tempoh rehat antarabangsa. - FOTO Agensi
Agensi

ALISSON yang mengalami kecederaan betis semakin menunjukkan kemajuan dalam proses pemulihan, menurut jurulatih penjaga gol Liverpool.

Penjaga gol antarabangsa Brazil itu terpaksa digantikan ketika menentang Norwich City dalam aksi pembukaan Liga Perdana yang dimenangi skuad Jurgen Klopp 4-1.

Adrian mengambil alih tugas itu sejak itu yang menyaksikan Liverpool kekal tanpa kalah dan menduduki puncak liga, dua mata mengatasi juara, Manchester City selepas empat perlawanan.

Tempoh rehat antarabangsa membolehkan Alisson memperolehi semula kecergasannya tetapi John Achterberg menegaskan mereka enggan terburu-buru memberikan lampu hijau kepada dia untuk beraksi semula.

"Sejak beberapa hari lalu dia menjalani latihan ringan,” katanya kepada Mirror. “Alisson semakin menunjukkan kemajuan. Dia perlu mengambil masa dan kami perlu memerhatikan perkembangannya dari semasa ke semasa.”

"Ali dipantau Dave (Rydings, jurulatih pemulihan kecergasan) di gimnasium bagi memulihkan kekuatan dan meningkatkan tahapa kecergasannya.”

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 September 2019 @ 8:31 AM