Keane (kiri) kata benteng pertahanan skuad Southgate longgar. FOTO ITV/REUTERS
Agensi

ROY Keane mengkritik aksi dipamerkan benteng pertahanan biarpun menang 5-3 ke atas Kosovo, awal pagi tadi.

Skuad Gareth Southgate ketinggalan satu gol akibat kesilapan Michael Keane sebelum menjaringkan lima gol sebelum waktu rehat separuh masa pertama.

Keane memberitahu ITV: “Perlawanan menarik untuk ditonton tetapi pemain England perlu mengkritik diri sendiri.

“England masih mempunyai banyak tabiat buruk. Ada masanya pemain menjadi bosan ketika perlawanan hampir tamat dan ketika itulah kecuaian datang.

“Ia ok sekiranya terlepas bola tetapi mereka gagal mendapatkannya semula untuk membantu rakan sepasukan yang lain.

“Jika anda berada di padang latihan bersama kelab anda, ketika itu adalah berfikir mereka tidak mengambil berat mengenainya dan ia tidak kemas.”

Lee Dixon yang juga berada di studio tidak berminat dengan corak serangan disebabkan oleh masalah benteng.

Dixon berkata: “Saya tidak peduli pada bahagian serangan. Apa mereka lakukan pada satu bahagian lagi tidak kemas.

“Jika mereka tidak belajar, mereka tidak akan pergi jauh pada mana-mana pertandingan. Ia akan berlaku sekiranya asyik melepaskan bola dan memberi peluang kepada lawan.

“Banyak ruang boleh ditembusi di bahagian belakang dikawal empat pemain dan bahagian tengah sekiranya terlepas bola”.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 September 2019 @ 5:48 PM