Drinkwater dibelasah di luar kelab malam oleh enam lelaki. FOTO Agensi
Agensi

PEMAIN England, Danny Drinkwater dibelasah oleh enam lelaki selepas cuba untuk meniduri teman wanita pemain kelab Scunthorpe United.

Bintang Chelsea berusia 29 tahun itu yang dipinjam ke Burnley, bertumbuk dengan pemain terbabit ketika mabuk di kelab malam Chinawhite Manchester, baru-baru ini.

Dia dikeluarkan daripada premis oleh anggota keselamatan sebelum dibelasah oleh enam lelaki dengan objek tumpul.

Sumber memberitahu: “Ia benar-benar teruk dengan darah berada di merata-rata tempat.”

Mereka juga memijak pergelangan kakinya dalam satu serangan ganas di kelab malam sambil kedengaran jeritan: “Patahkan kakinya.”

Serangan disengajakan itu bertujuan untuk memberi masalah kepada karier pemain England itu selepas dia cuba mengajak kekasih pemain lawan kelabnya itu pulang ke rumah bersamanya.

Drinkwater, 29, ketika itu sedang mabuk berkata: “Saya tidak kira, kawan, dia akan akan ikut saya balik.”

Sewaktu pemain Scunthorpe United, Kgosi Ntlhe menyuruhnya meninggalkan teman wanitanya bersendirian, Drinkwater bernilai sekitar £35 juta (RM180j) mula naik angin.

Mereka kemudian bertumbuk sebelum beberapa bouncer kelab itu mengeluarkan Drinkwater.

Sebaik keluar, enam lelaki menyerangnya sehingga mengakibatkan kecederaan.

Sumber memberitahu: “Mereka tahu dia bintang Liga Perdana dan itu kehidupannya. Darah berada di merata-rata tempat dan benar-benar teruk.”

Drinkwater yang memiliki tiga kap bersama England, dipinjamkan ke Burnley daripada Chelsea.

Kelabnya memberitahu dia diketepikan akibat kecederaan pergelangan kaki yang misteri sebelum ini.

Bagaimanapun, serangan itu mendedahkan dia menjadi mangsa dibelasah ketika pasukannya tewas 3-0 di tempat sendiri kepada Liverpool dan berada dalam senarai pemain gantian tetapi tidak digunakan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 September 2019 @ 6:16 PM