Jorginho (kanan) berhadapan Albin Granlund (kiri) dalam aksi kelayakkan Euro 2020. FOTO EPA
AFP

JORGINHO membawa Itali menghampiri Euro 2020 menerusi sepakan penalti kemenangan yang yang menewaskan pencabar sengit mereka Finland 2-1 awal pagi tadi dan mengekalkan rekod sempurna pasukan pada aksi kelayakan.

Jaringan penalti pemain tengah Chelsea Jorginho pada minit ke-79 di Tempere memberikan kemenangan keenam berturut-turut buat skuad Roberto Mancini dan membolehkan mereka mendahului enam mata berbanding Finland dalam Kumpulan J.

Terdahulu penyerang sensasi Norwich City Teemu Pukki memadamkan jaringan awal Ciro Immobile yang menanduk masuk bola ke gawang lawan, apabila meledak penalti enam minit sebelum jaringan Jorginho.

Dengan dua pasukan layak menerusi peringkat kumpulan, juara dunia empat kali Itali kini gah dengan 18 mata maksimum dengan baki empat aksi kelayakan, sembilan mata mengatasi Armenia di tangga ketiga biarpun mereka mencatat kemenangan 4-2 ke atas Bosnia Herzegovina sebelum itu.

Mereka kini berpeluang mara ke kejohanan itu yang bermula di Rome Jun depan, dengan menentang Greece atau Liechtenstein -- yang mencatat kejutan seri di Athens - bukan depan.

“Perlawanan menentang Greece mungkin akan mengesahkan kelayakan dan kami berharap Stadio Olimpico akan penuh seperti ketika Piala Dunia 1990 ketika kami masih muda,” kata jurulatih Itali Roberto Mancini.

Mancini, bekas pemain Itali mengambil alih pasukan itu tahun lalu selepas Azzurri gagal layak ke Piala Dunia 2018.

“Kami agak menderita tetapi mendominasi perlawanan,” katanya.

“Secara keseluruhannya pemain beraksi dengan baik biarpun agak cemas ketika kedudukan terikat 1-1.”

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 September 2019 @ 9:07 AM