LECLERC (kanan) berbual dengan Hamilton selepas tamat sesi kelayakan. - FOTO EPA
AFP

CHARLES Leclerc meraih petak hadapan buat Ferrari selepas mencatat masa terpantas pada sesi kelayakan Grand Prix (GP) Itali, sebentar tadi.

Dia akan disertai pemandu Mercedes, Lewis Hamilton di barisan hadapan selepas mencatat masa kedua terpantas.

Sesi ujian kelayakan ketiga terganggu selepas Kimi Raikkonen yang memandu Alfa Romeo terbabit kemalangan yang mengakibatkan sembilan daripada 10 pemandu teratas kehilangan masa terpantas mereka di pusingan terakhir.

Valtteri Bottas dari Mercedes dan pemandu Red Bull, Sebastian Vettel masing-masing akan memulakan perlumbaan esok di petak ketiga dan keempat.

Leclers yang beraksi di laman sendiri turun dalam misi bagi merekodkan gelaran kedua

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 September 2019 @ 11:23 PM