Alexander-Arnold dan Robertson (kanan). FOTO File Agensi.
Agensi

PEMAIN Liga Perdana Inggeris (EPL) mendominasi senarai skuad bola sepak lelaki kesebelasan utama pilihan dunia, Pertubuhan pemain bola sepak profesional (Fifpro) dan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) buat pertama kali dalam tempoh 10 tahun.

Seramai 21 daripada 55 senarai beraksi buat kelab bola sepak di England, ketika Liga Perdana mengakhiri dominasi La Liga.

Tujuh tonggak juara Eropah, Liverpool tersenarai bersama pemain Real Madrid dan Barcelona masing-masing mempunyai lebih ramai wakil.

Senarai akhir pasukan itu akan diumumkan pada malam Anugerah Pemain Terbaik Bolasepak FIFA di Milan pada 23 September ini.

Lebih daripada 23,000 pemain profesional dari seluruh dunia diminta membuat pilihan pemain terbaik oleh Fifpro, kesatuan pemain, berdasarkan prestasi antara Julai 2018 sehingga Julai 2019.

Skuad final menggabungkan penjaga gol, empat pertahanan, tiga pemain tengah dan tiga penyerang.

Empat pemain Liverpool antara 17 pemain yang berada dalam senarai pendek, termasuk Trent Alexander-Arnold dan Andrew Robertson, sementara beberapa pemain berprofil tinggi seperti Romelu Lukaku dan David Silva tidak mempunyai undian yang cukup untuk tampil buat tahun kedua berturut-turut.

Ketika Liga Perdana (21) mengakhiri La Liga (20) sumpahan selama sembilan tahun sebagai antara liga yang produktif, gergasi Sepanyol - Barcelona menyediakan antara pemain terbanyak.

Sembilan daripada skuad juara Barca disenaraikan sementara Real Madrid mempunyai lapan pemain, manakala Liverpool dan Manchester City masing-masing tujuh pemain.

Bekas pemain Madrid dan kini penyerang Juventus, Cristiano Ronaldo satu-satunya pemain yang dinamakan buat kesemua 15 senarai pendek edisi skuad kesebelasan utama dunia.

Senarai awal kesebelasan utama skuad bola sepak lelaki dunia Fifpro :

Penjaga gol : Alisson Becker (Liverpool), David De Gea (Manchester United), Ederson Moraes (Manchester City), Jan Oblak (Atletico Madrid), Marc-Andre ter Stegen (Barcelona).

Pertahanan : Jordi Alba (Barcelona), Trent Alexander-Arnold (Liverpool), Daniel Alves (Paris St-Germain/Sao Paulo), Joao Cancelo (Juventus/Manchester City), Daniel Carvajal (Real Madrid), Giorgio Chiellini (Juventus), Virgil van Dijk (Liverpool), Diego Godin (Atletico/Inter Milan), Joshua Kimmich (Bayern Munich), Kalidou Koulibaly (Napoli), Aymeric Laporte (Manchester City), Matthijs de Ligt (Ajax/Juventus), Gerard Pique (Barcelona), Sergio Ramos (Real Madrid), Andrew Robertson (Liverpool), Alex Sandro (Juventus), Thiago Silva (Paris St-Germain), Raphael Varane (Real Madrid), Marcelo (Real Madrid), Kyle Walker (Manchester City).

Tengah : Sergio Busquets (Barcelona), Casemiro (Real Madrid), Kevin de Bruyne (Manchester City), Christian Eriksen (Tottenham Hotspur), Frenkie de Jong (Ajax/Barcelona), Eden Hazard (Chelsea/Real Madrid), N'Golo Kante (Chelsea), Toni Kroos (Real Madrid), Arthur Melo (Barcelona), Luka Modric (Real Madrid), Paul Pogba (Manchester United), Ivan Rakitic (Barcelona), Bernardo Silva (Manchester City), Dusan Tadic (Ajax), Arturo Vidal (Barcelona).

Penyerang : Sergio Aguero (Manchester City), Karim Benzema (Real Madrid), Roberto Firmino (Liverpool), Antoine Griezmann (Atletico/Barcelona), Harry Kane (Tottenham Hotspur), Robert Lewandowski (Bayern Munich), Sadio Mane (Liverpool), Kylian Mbappe (Paris St-Germain), Lionel Messi (Barcelona), Neymar (Paris St-Germain), Cristiano Ronaldo (Juventus), Mohammed Salah (Liverpool), Son Heung-min (Tottenham Hotspur), Raheem Sterling (Manchester City), Luis Suarez (Barcelona).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 September 2019 @ 6:38 PM