Pengarah pasukan PETRONAS SRT, Johan Stigefelt (kiri) bersama Xavi Vierge.
Saiful Affendy Sapran
saifulaffendy@hmetro.com.my


PELUMBA Sepanyol, Xavi Vierge sah menyertai pasukan Malaysia, PETRONAS Sprinta Racing untuk saingan Moto2 Kejohanan Motosikal Dunia musim depan.

Ia bakal menjadi musim kelima Vierge beraksi di kelas itu dengan pasukan terakhirnya sebelum ini adalah Estrella Marc VDS.

Prinsipal pasukan PETRONAS SRT, Datuk Razlan Razali berkata, pelumba berusia 22 tahun dari Barcelona itu diharap dapat pasukan meraih keputusan lebih cemerlang.

"Pertamanya dia adalah seorang pelumba yang pantas dan terbukti mampu mencapai keputusan podium.

"Keduanya, dia akan menjadi salah seorang daripada dua pelumba kami kerana kami mendapat satu lagi slot untuk saingan Moto2.

"PETRONAS SRT akan mempunyai dua pelumba bagi setiap kategori Moto3, Moto2 dan MotoGP pada tahun depan.

"Kami mengakui saingan Moto2 musim ini agak mencabar dan berharap Khairul Idham Pawi akan segera sembuh untuk kembali berlumba bersama Vierge musim depan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 September 2019 @ 12:49 AM