Pengulas sukan sukar sukar nak sebut Pukki. FOTO REUTERS
Agensi

TEEMU Pukki mengejutkan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dengan sentuhan penyudahnya yang kerap membolosi gawang lawan.

Pemain digelar The flying Fin itu sudah pun meledak lima gol dalam empat perlawanan bersama pasukan baru dinaikkan divysen, Norwich City.

Pukki menguasai Liga Kejuaraan musim lalu menjaringkan 29 gol dalam 43 perlawanan dan memainkan peranan besar membantu Canaries mendapat semula tempat beraksi dalam EPLt.

Malah, dia menjadikan EPL seperti sesuatu cabaran yang mudah dengan mengatasi ramai pemain pertahanan ketika memburu jaringan untuk pasukannya.

Pemain berusia 29 tahun itu yang kini berada era Kasut Emas, hanya satu gol di belakang penyerang Manchester City, Sergio Aguero dan berada di depan Mohamed Salah (Liverpool) dan Pierre-Emerick Aubameyang (Arsenal).

Ia menjadi permulaan impian buat Pukki yang akan berterusan menghantui ramai pemain pertahanan dalam saingan EPL.

Bagaimanapun, buat pengulas sukan Malaysia, hendak menyebut nama pemain Norwich itu sudah tentunya igauan buruk dari sudut yang berbeza.

Ia kerana nama Pukki itu sendiri sudah memberi makna pelik dan lucah dalam slang Melayu.

Sudah tentu makna ‘Pukki’ tidak sesuai buat bangsa Asia.

Bekas pemain Liverpool Stan Collymore mengatakan nama itu yang juga kebetulan turut membuatkannya hairan apatah lagi bertugas untuk sebuah siaran saluran sukan televisyen di Malaysia.

Teemu mungkin hanya akan diingati disebabkan namanya di Malaysia dan bukan disebabkan ketajamannya di depan pintu gol.

Kehadirannya lebih diperlukan oleh Norwich yang kini menghuni zon penyingkiran dan mereka mengharapkannya untuk mendapatkan setiap jaringan.

Bagi sesetengah pengulas sukan, mereka tidak tahu, sama ada permulaan cemerlang Pukki dalam saingan liga utama akan terus meningkat atau merudum untuk beberapa tahun akan datang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 September 2019 @ 8:19 PM