OLE Gunnar Solskjaer. FOTO Agensi
AFP

OLE Gunnar Solskjaer menegaskan hari ini bahawa beliau gembira dengan pilihan penyerangnya musim ini biarpun tidak mencari pengganti buat Alexis Sanchez dan Romelu Lukaku yang meninggalkan kelab itu.

Pengendali kelahiran Norway itu hanya mempunyai Anthony Martial yang terlepas aksi ke Southampton susulan kecederaan, Marcus Rashford dan Mason Greenwood, 17, dari sekarang hingga Januari.

"Anthony dan Marcus mampu membawa cabaran selaku penyerang kami,” kata beliau.

“Jika tidak kami akan mendapatkan pemain lain atau menyimpan pemain lain.

“Kami percayakan kedua-dua mereka. Kedua-duanya menikmati tanggungjawab dan kepercayaan yang diberikan. Ada unsur memberi dan menerima di sini, kami percayakan mereka tetapi mereka perlu memberikan sesuatu kepada kami kembali.

“Namun mereka sudah membuktikan kepada saya, mereka sudah bersedia untuk itu.

“Jika saya tidak percaya dengan mereka, kami akan membeli pemain lain atau menyimpan pemain lain. Kami percayakan mereka sepenuhnya.”

Ia satu tanggungjawab besar terhadap gandingan itu yang mengumpul 55 gol dalam Liga Perdana, ketika Greenwood masih belum menjaringkan gol bersama skuad senior, berbanding Sanchez dan Lukaku mengmpul 176 gol dalam liga utama England itu.

Ia juga bermakna tiada siapa dalam skuad United yang menjaringkan lebih daripada 13 gol dalam satu musim Liga Perdana, yang berjaya dicapai Paul Pogba selaku pemain tengah musim lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 Ogos 2019 @ 11:37 AM
Skip this ad x