Bekas pemain Arsenal, Ashley Cole membuat cabutan undi manakala Andrzej Buncol meletakkan trofi menjadi rebutan. FOTO REUTERS
AFP

NAIB juara musim lalu, Arsenal diletakkan bersama kelab Jerman, Eintracht Frankfurt dalam undian Liga Europa di Monaco, hari ini.

Satu lagi kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United terpaksa menempuh penerbangan lebih enam ke Kazakhstan .

Skuad Arsenal dibimbing oleh Unai Emery yang tewas kepada Chelsea pada final di Baku selepas Eintracht tersingkir oleh kelab sama menerusi penentuan penalti pada saingan empat terakhir.

Kelab Belgium, Standard Liege dan Vitoria Guimaraes dari Portugal juga berada dalam Kumpulan F.

United, juara Liga Europa 2017 akan berdepan Astana dari Kazakhstan termasuk Partizan Belgrade dan bekas finalis, AZ Alkmaar dari Belanda dalam saingan Kumpulan L.

Wolverhampton Wanderers, pasukan Inggeris ketiga dalam undian akan berdepan kelab Turki, Besiktas dalam Kumpulan K.

Juara Scotland, Celtic berdepan Lazio dan Rennes dalam Kumpulan E termasuk CFR Cluj, kelab Romania yang menewaskan mereka dalam kelayakan Liga Juara-Juara (UCL).

Pencabar kelab senegara Scotland itu, Rangers akan menghadapi bekas juara Rropah Porto dan Feyenoord serta Young Boys dalam Kumpulan G.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Ogos 2019 @ 8:15 PM