Jurulatih Barcelona, Ernesto Valverde. FOTO Agensi
Reuters

BARCELONA masih tanpa khidmat penjaring terbanyak mereka, Lionel Messi tatkala bintang Argentina itu tersisih berikutan kecederaan betis untuk perlawanan pertama di gelanggang sendiri musim La Liga berdepan Real Betis, awal pagi esok.

Messi terlepas aksi kekalahan Barca 0-1 kepada Athletic Bilbao pada perlawanan pembukaan dan tidak mengambil bahagian dalam sesi latihan akhir pasukan sebelum berdepan Betis, yang hanya pasukan tunggal yang menang di Camp Nou pada kempen musim lepas.

Ketiadaan kapten berkenaan menambah kekurangan pilihan di bahagian serangan Barca ketika Luis Suarez dan Ousmane Dembele direhatkan kerana kecederaan otot.


Valverde ketika sesi latihan bersama pemain. FOTO Agensi

“Kami tidak boleh mengambil risiko untuk menurunkannya dan jika dia tidak 100 peratus cergas jadi kita tidak akan mengambil apa-apa risiko kepadanya,” kata jurulatih Ernesto Valverde dalam sidang media.

Ketiadaan Messi pastinya memberi tanggungjawab besar buat pemain ditandatangani Barca dengan nilai 120 juta euro - Antoine Griezmann yang menunjukkan aksi kurang meyakinkan ketika tampil dalam perlawanan pertama di Bilbao.

Valverde berkata, pemain itu semakin meningkat namun perlu mencabar diri untuk lebih banyak terbabit dalam corak permainan berpasukan.

“Setiap hari dia banyak berintegrasi dalam pasukan tetapi kami mahu di lebih banyak berlatih dalam corak permainan berpasukan, dia tidak menyumbang sebanyak mana yang kami mahu dia lakukan di Bilbaoe tetapi jika dia melakukannya dia mungkin lebih menonjol,” kata jurulatih itu.

“Kami perlu lebih banyak produktif apabila kami mempunyai posisi tetapi dia juga perlu menunjukkan inisiatif dan mencuba mencipta banyak peluang.”

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Ogos 2019 @ 10:58 AM